REVIEW : KONSERT ELLA UNPLUGGED LIVE IN KL
Sabtu lepas, saya berkesempatan bersama Isteri untuk menonton persembahan Konsert Ella Unplugged live in Kuala Lumpur di Istana Budaya. Isteri saya boleh saya katakan peminat Ella nombor satu dan konsert Ella baginya ialah ketika dia berumur 12 tahun (Tahun 1998) di Tapak Pesta Seberang Jaya. Kalah saya, Saya sendiri gig pertama tahun 2000. Itupun sebab Mini-Gig (Jamming Session) tu saya organize sendiri.
Berbekalkan kerusi di lorong C (Baris 3 dari pentas), saya memang sangat teruja dan tidak sabar untuk ke konsert ini memandangkan inilah konsert paling hadapan berbanding konsert Metallica dan Onerepublic yang pernah saya tonton dahulu.
Berbaju kolar bulat hitam dan seluar hitam untuk Imej seorang yg rock & metal serta ehemmm sedikit minimalis membuatkan saya tiba tiba cemas sebab rata-rata pengunjung berbaju kolar dan ada yang bergaya seperti menghadiri annual dinner di hotel mewah. Dan sangkaan saya tepat apabila terpaksa diberikan jaket Istana Budaya kerana kolar bulat tidak dibenarkan masuk.
Saya datang sebagai peminat gitaris-gitaris hebat seperti Ajie, Ritz Metalasia dan Edrie Hashim. Tidak mengecewakan.
Selalu nampak di kaca TV, ini kali pertama saya melihat Edrie Hashim perform di hadapan mata. (Baris ke 3 dari pentas lah katakan), ternganga tak terkata.
Dan paling ternganga sebab Edrie Hashim komen di instagram saya selepas konsert.
Yes!
Update :
Kalau kalian lihat di dalam vlog terbaru Edrie Hashim di disini, ada wajah yg dikenali.
Post a Comment