REVIEW : PROTON SUPRIMA S (SELEPAS 5 TAHUN)
Saya berharap kalian yang sampai kesini adalah disebabkan persoalan yang bermain di dalam kepala, "nak ambil Suprima ke tak, nak ambil? ke tak ambil?". Saya selalu terbaca mengenai persoalan ini di group facebook Suprima S, jadi saya berharap review saya ini dapat membantu kalian.
1. SUPRIMA S DEMO/TEST DRIVE UNIT.
Kita mulakan dengan perkara yang baik baik sahaja. Saya membeli Suprima S (Premium) ini pada bulan September 2016 dan kereta saya adalah merupakan batch pertama (demo/test drive unit) yang didaftarkan pada Ogos 2013 di dalam geran.
Sedikit tips untuk kalian yang terlihat penjualan kereta ini di dalam keadaan demo ataupun test drive unit yang dijanjikan mileage yang rendah. Apabila pergi melihat kereta idaman kalian, ambil nombor pendaftaran dan cuba semak dengan service center terdekat. Ini untuk mengelakkan kes tiba tiba terkejut dengan mileage sebenar kereta setelah kalian membelinya. Juga di service center, kalian juga dapat menyemak rekod service kereta tersebut.
2. PERFORMANCE
Dari segi prestasi, Saya boleh katakan kereta ini sangat terbaik. Tiada masalah untuk memecut sampai ke angka 2 tetapi keselamatan perlulah diambil kira. Namun saya pernah terbaca di group facebook, terdapat kes dimana simbol gearbox akan menyala sekiranya pemanduan dengan kelajuan tinggi dilakukan dalam tempoh yang lama. Tetapi pengalaman saya, sekitar 150-160km/j dari Perak ke Kuala Lumpur, setakat ini tiada masalah.
3. KESELAMATAN
Keselamatan kereta ini bagi saya adalah antara yang terbaik daripada Proton. Dilengkapi 6 Airbag, ESC dan ABS, Suprima S mempunya rating 5 bintang untuk ASEAN NCAP. Saya tiada pengalaman (dan minta dijauhi) daripada kemalangan, tetapi melalui bacaan di facebook, kereta ini adalah antara yang terbaik.
Jadi untuk perkara yang baik baik seperti di atas, saya boleh katakan kalian tidak perlu runsing dan berfikir panjang untuk memiliki sebuah Suprima S. Namun ada juga perkara-perkara yang tidak menyenangkan pada kereta saya serta perkara lain seperti yang didiskusi dalam group facebook :
1. LONGGAR SANA SINI
Ini perkara yang bagi saya, perlu diperbaiki. Selepas satu tahun (4 tahun hayat sebenar kereta), bunyi-bunyian longgar mula kedengaran sana sini. Di kedua dua panel bahagian dalam pintu hadapan serta di bahagian bonet. Bunyi-bunyian ini akan semakin kuat apabila melalui jalan yang tidak rata. Saya mengambil inisiatif untuk melakukan beberapa modifikasi sendiri dengan menyumbat dan membalut bahagian bahagian yang bersambung dengan tape penebat elektrik dan juga getah.
2. OCH
Oil Cooler Hose ini adalah topik terhangat semasa/sebelum saya membeli kereta saya. Jadi perkara pertama sekali saya lakukan bila membeli kereta ini, saya ke Service Center untuk tukar OCH. Dan ianya percuma sekiranya masih di dalam waranti / belum ditukar.
3. SWITCH STOP LAMP
Ini juga perkara yang sering ditanya di dalam group facebook dan yang berlaku kepada saya apabila penunjuk warning ESC dan Handbrake menyala serentak ketika memandu. Jawapannya adalah Switch Stop Lamp anda perlu ditukar.
4. HEAD UNIT
Untuk head unit ini, bagi saya model Blaupunkt ini sangatlah lagging dan kereta saya sendiri, Bluetooth tidak lagi berfungsi.
TIPS PENJAGAAN :
1. MINYAK HITAM
Saya masih lagi mengikut nasihat nasihat otai-otai daripada group facebook dimana service penukaran minyak hitam dilakukan 1000-2000km lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.
2. MINYAK GEARBOX DAN FILTER
Adalah dinasihatkan, kalian menukar minyak gearbox dan juga filter anda mengikut jadual yang ditetapkan. Gearbox CVT ini sangat-sangatlah manja dan memerlukan perhatian yang lebih.
Kesimpulan bagi saya, jangan takut untuk memiliki Suprima S bagi yang telah meletakkan target anda kepada kereta ini. Tiada masalah-masalah besar, servis awal, jaga minyak gearbox dan juga filter, InsyaAllah kalian akan berpuas hati.
Untuk sumber rujukan :
PROSMAC UnOfficial - Facebook
SUPRIMOC - Facebook

Post a Comment